SWASTA BINA RUMAH

” Alaa saya ni mana dapat buat loan, sebab swasta. Cash pun cukup-cukup untuk beli tanah saja. Mana nak cari duit untuk buat rumah.”

Ini luahan yang kami biasa dengar dari client swasta kami.. So ini benda best yang anda para swastanian(suka hati aku jer! hehe) perlu tahu! Korang sebenarnya boleh guna kwsp untuk buat rumah tau! Cara apply pun simple ja! Taklah keriting rambut fikir hehe

Ini dia syarat-syaratnya! Lets check it out!

  1. warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 55 sewaktu tarikh permohonan.
  3. Anda merupakan ahli yang memiliki simpanan di akaun 2, (Minimum Rm 500.00)

SYARAT TANAH:

Boleh bina rumah kampung/rumah kediaman di atas:

  1. Pemohon sudah miliki tanah sendiri.
  2. Tanah milik suami/isteri pemohon.
  3. Status Tanah perumahan/ zon residential sahaja!
  4. Pastikan tanah pemohon didalam lokasi majlis perbandaran (Memudahkan urusan penyediaan dokumen.)

PEMBIAYAAN RUMAH MELALUI:

  1. institusi kewangan berlesen (Bawah akta perkhidmatan kewangan 2013/kewangan islam 2013.)
  2. Kerajaan Pusat/Negeri/ Agensi kewangan kerajaan lain.
  3. Koperasi/syarikat kerjasama berlesen (diluluskan suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  4. Syarikat insurans berlesen diluluskan Bank Negara Malaysia.
  5. Pemberi pinjaman yang dibenarkan KWSP.
  6. Majikan pemohon.
  7. Secara Tunai.

Perlu dipastikan juga permohon tidak pernah membuat pengeluaran perumahan. Jika pemohon sudah pernah membuat pengeluaran bina rumah pertama dan sudah menjualnya/ berlaku pelupusan pemilikan BUKTI PENJUALAN/PELUPUSAN pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.

Tips 1: sediakan pelan rumah yang diluluskan sangat penting untuk top up pinjaman bank sekiranya berlaku kesilapan/kekurangan bajet.

Tips 2: Jika lokasi tanah dalam majlis perbandaran, pelan wajib ada kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT)