KELEBIHAN RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Bila sebut bina rumah atas tanah, sememangnya perkara yang sangat dinanti-nantikan. Tersebut adalah kelebihan rumah atas tanah. Banyak kelebihan yang ada, tapi saya akan highlight kan 3 sahaja.

1.Bina ikut citarasa & reka bentuk sendiri

Dengan adanya tanah lot sendiri, kita bebas menentukan reka bentuk rumah yang di idamkan. Kita boleh buat rumah dengan reka bentuk yang lebih moden & unik.

Bina rumah ikut perancangan bajet sendiri

Beli rumah apartment/teres sememangnya mahal di Sabah, tidak mampu beli harga rumah cecah jutaan ringgit.

Daripada beli rumah harga cekik darah, kenapa tidak beli tanah & buat rumah sendiri. Bajet pun kita boleh set sendiri. Tidak lah terus habis duit tu kan.

Contoh : Rumah

Harga tanah – RM 100K,          Harga kos rumah – RM 150K

Jumlah = 250K

Kalau harga rumah apartment yang kini pun sudah 300K – 400K. Harga rumah teres sekarang pula 500K – 1M. Dengan design yang standard 3 bilik 2 tandas. We can do more than that!

This is the Sabah price, tuan puan.

Bayangkan kita boleh save lebih dari itu tau!

Konsep yang pelbagai, pilih je nak yang mana.

 

Bebas menentukan konsep rumah idaman. Konsep minimalis ini simple but nice. Kita boleh pilih untuk tidak perlu perabot & perincian yang banyak. Sangat sesuai kepada pasangan yang baru berkahwin & bujang.

 

Golongan yang berfikiran terbuka dengan gaya hidup mewah & urban konsep ini adalah untuk anda. Reka bentuk rumah juga akan kelihatan lebih gah & menunjukkan lifestyle yang mewah.

Konsep ini menggambarkan pemilik seorang yang kreatif dan inovatif kerana mampu menyuaipadankan material tekstur batu bata, konkrit atau kayu.

 

Reka bentuk Scandinavia menekankan ruang terang, ringan dan terbuka, dengan ruang yang cukup untuk bergerak dan bernafas di dalamnya.

Kebiasaannya menggabungkan perabot kayu dengan dekorasi yang berwarna pastel dengan cantik.

 

Gaya klasik yang sering menjadi pilihan masyarakat kita pada hari ini ialah gaya klasik yang dibawa daripada Eropah dengan gabungan warna-warna seperti putih, hitam dan kelabu.

Gaya klasik ini juga sering dikaitkan dengan penggunaan bingkai-bingkai kayu ataupun lebih dikenali sebagai wainscoting. Contoh: Gaya ini juga dilengkapi dengan permaidani, langsir serta perabot yang menggunakan warna-warna keemasan bagi menyerlahkan konsep klasik yang diterapkan.

Semua ini kita boleh dapatkan dengan miliki tanah lot. Kita masing-masing ada impian yang sama untuk dapatkan rumah idaman masing-masing, tapi masih belum melakukan apa-apa tindakan.

 

“Action speaks louder than words” 

Selagi masih ada peluang untuk merealisasikan impian anda, baik bertindak sekarang.