Richland Empire Sdn Bhd

Loading

KELEMAHAN PANGSAPURI, CONDOMINIUM & TERES

KELEMAHAN PANGSAPURI, CONDOMINIUM & TERES

CONDOMINIUM

Sebut sahaja tempat tinggal di kondo, orang akan berekspitasi bahawa sesiapa yang tggal di situ adalah orang-orang berada. Mereka tinggal di kawasan perumahan yang mewah. Macam2 kemudahan ada dekat kondo. Kolam renang, ada gym, ada playground dan adan tempat bersukan khas pulak tu. Tapi mesti korang tertanya-tanya kan? Apa kekurangan tinggal di perumahan kondominium ni. Jum saya terangkan satu persatu.

1)     Sambut tetamu kena turun bawah.

Di sebabkan keselamatan dekat kawasan perumahan kondo ni ‘Tip Top’, maka, sekiranya kita mempunyai tetamu iaitu keluarga ataupun sahabat, kita terpaksa turun untuk menyambut mereka. Hal ini kerana hanya penghuni kondo sahaja yang mempunyai kad akses untuk menggunakan lift.

2)     No service delivery pintu depan rumah.

Haaa masalah tidak berlaku kepada semua orang. Ia hanya wujud kepada orang yg memesan barang online sahaja. Masalah ini kebanyakan wujud ketika terdapat ada sales di Shopee ataupun Lazada. Penghuni terpaksa menelefon courier yang menghantar barang mereka untuk meninggalkan barang mereka dengan pak guard. Mereka terpaksa “Self Pick Up” sendiri barang mereka dengan kadar segera untuk mengelakkan kes kehilangan akan berlaku.

3)     Tempat buang sampah yang jauh

Golongan yang bergelar “lelaki” haruslah rajin untuk turun ke bawah untuk membuang sampah. Hal ini menjadi kesulitan untuk perempuan kerana mereka terpaksa menggunakan tudung untuk turun ke bawah. HAHAHA ! padan muka lelaki kena menunggu lif lama sambil memegang sampah. Wangi boss!

4)     Tempat parking yang jauh

Bayangkan ada barang tertinggal di dalam kereta dan keberadaan sudah sampai di dalam rumah. Lepastu, waktu menunjukkan Pukul 1 atau 2 pagi. Naya Pak Karim kena turun bawah lagi ditemani bunyi cengkerik. Kalau rumah tingkat 11 lagi fuh, memang jenuh la mau turun pigi tempat parking hahaha !

5)     Waktu berurusan itu terhad.

Setiap urusan seperti hendak membeli perabot baru dan mengangkatnya ke atas, ia hanya dibenarkan hanya sampai pukul 5 petang sahaja. Hal ini menjadi kesulitan kepada orang yang nak berpindah masuk atau berpindah keluar. Mereka terpaksa menyelesaikan proses mengangkat barang tersebut sebelum waktu 5 petang.

6)     Port serangga lepak.

Kes ini selalu berlaku sekiranya kondo anda dikelilingi hutan, semak samun, belukar dan sewaktunya dengannya. Terdapat serangga yang menyukai kawasan yang tinggi dan sejuk iaitu semut Charlie. Semut ini akan masuk melalui tingkap. Cara mau tahu kita digigit oleh semut ni ialah kawasan yang digigit akan kemerahan dan boleh menjadi luka sekiranya anda garuk terlalu ia lama dan boleh merebak ke bahagian tubuh badan lain. Kita perlu segera ke farmasi untuk membeli ubat sapu (krim) agar kawasan yang kena gigit itu akan reda.

PANGSAPURI

Bila sebut apartment, ramai orang cakap itulah juga rumah flat. Namun hakikatnya, apartment dan flat mempunyai perbezaan yang membolehkan kita membezakan bahawa itu rumah apartment ataupun rumah flat. Perbezaan yang paling ketara kita boleh lihat ialah rumah apartment ada pak guard manakala rumah flat tiada. Rumah apartment ni kebanyakan disewa oleh golongan bujang yang berkongsi rumah.

1)     Tak boleh pelihara haiwan peliharaan.

Untuk pencinta haiwan, kami syorkan agar anda tidak perlu menyewa atau membeli apartment. Hal ini bukan kerana ada undang-undang yang menyatakan bahawa haiwan peliharaan tidak boleh di bawa ke apartment, cuma yang bikin risau nanti haiwan peliharaan kita buat hal. Sebagai contoh, kita ada bela kucing. Kemungkinan kucing tersebut akan berak atau muntah di koridor jiran kita. Hal ini akan menimbulkan kesalahafaham antara jiran dan merosakkan suasana keharmonian jiran kita.

2)     Parking terhad

Hal ini sering terjadi kerana satu apartment hanya di bagi kuota satu ruang sahaja untuk parking. Bayangkan di rumah tersebut masing-masing guna kenderaan sendiri, ayah ada kereta, ibu, abang dan kakak, dimanakah mereka nak letak parking kereta meraka? Isu “Double Parking” pula sering terjadi. Sudahlah “Double Park”, angkat “Handbrake” lagi. Hal ini menjadi lebih bengang apabila kita berada dalam keadaan yang ingin cepat ke tempat kerja misalnya, awal pagi sudah rosak mood. Memang rusaklah disebabkan emosi sudah awal pagi HAHAHAH!

3)     Beratur tunggu lif.

Hal ini juga terjadi sekiranya anda tinggal di kondo, namun, di kondo jumlah orang tidakla seramai orang yang tinggal di apartment. Selalunya apartment hanya ada 2 atau 3 lift sahaja dan mempunyai 19 tingkat, jenuh mau tunggu lift sampai. Hal ini disebabkan lift tersebut akan berhenti setiap tingkat. Bayangkan rumah anda berada di tingkat 18, mau turun untuk ke tempat kerja akan mengambil masa dan begitu juga sekiranya kita balik dari kerja

4)     Tidak boleh ubahsuai rumah

Sekiranya kita ada keinginan untuk mengubah suai struktur rumah kita, tanam sahajala impian kita tu HAHAHA! Hal ini sekiranya anda ada mengubah struktur bangunan tersebut, ia akan menjejaskan satu bangunan tersebut dan menjejaskan penghuni-penghuni yang lain. Struktur bangunan tersebut telah dibina berdasarkan keseimbangan dan aspek lain yang diambil kira oleh jurutera. Sekiranya anda ada mengubah sedikit struktur bangunan dalam rumah anda, kemungkinan ia akan memberi kesan kepada struktur bangunan tersebut

5)     Beli barang kat IKEA tapi lift tak muat!

Statement di atas agak lucu tapi itulah hakikat realiti yang pahit untuk di telan. Situasi ini agak lucu sekiranya hal tersebut tidak terjadi kepada kita. Mereka terpaksa menggunakan tangga untuk mengangkat barang tersebut. Bayangkan jika rumah anda berada pada tingkat 10, jenuh mau angkat. Lebih sadis jika barang tersebut lebih berat seperti contoh di gambar di bawah ahhahaha!

Oleh itu, saya hanya memberi maklumat atas bacaan artikel dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Saya juga mengutarakan pendapat berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tidak kira di mana keberadaan tempat tinggal kita, perkara pertama yang kita harus selalu buat ialah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kekurangan tempat tinggal tu kita jadikan cabaran dan liku-liku kehidupan yang terpaksa kita hadapi untuk setiap hari.

RUMAH TERES

Kita beralih pula kepada rumah teres. Rumah teres ni dikenali sebagai rumah “sambung-sambung” jika anda berada di Sabah. Dinding rumah akan dikongsi dengan rumah sebelah dan memanjang ke kiri ke kanan kecuali lah rumah dekat dengan “Corner” iaitu di simpang jalan.

1)     Kawasan/suasana yang sempit.

Hal ini disebabkan oleh pelan rumah yang sangat padat dan sempit. Kos pembinaan yang murah dan menjimatkan ruang menjadi punca pelan rumah sedikit padat. Hal ini dapat dirasakan bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Kelemahan ini agak ketara kerana anak-anak memerlukan lebih banyak ruang untuk bermain terutama dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun.

2)     Pencemaran bunyi.

Walaupun rumah yang diduduki itu jauh dari jalan raya utama ataupun jauh dari kawasan perbandaran, pencemaran ini turut berlaku. Hal ini berpunca dari rumah jiran kita. Struktur yang sudah lama ataupun penebatnya yang tidak cukup baik. Walaupun struktur rumah dibina dengan baik, tidak dapat dielakkan juga bunyi-bunyi kuat yang terhasil oleh jiran kita tanpa sengaja, misalnya, ketika jiran mengalihkan perabot-perabot di dalam rumah mereka. Geseran-geseran yang terhasil itu akan menganggu ketenteraman sekeliling kita. Contoh lain kita boleh ambil ialah tangisan anak jiran kita. Hal ini selalu berlaku sekiranya jiran kita baru sahaja melahirkan anak. Kebengangan kita mulai terasa apabila tangisan yg kita dengar pada Pukul 1 atau 2 pagi. Kita mungkin akan keliru sama ada itu tangisan bayi ataupun makhluk halus. Hihihihihi!